Return To Melaka

Friday 26 August 2011

ASSALAMUALAIKUM,,,
para pembaca sekalian.. :)

ok first2 nak cakap yang ni adalah post yang overdue,,,,, sory,, :D sebab minggu selepas Return To Johor tu aku ada test, quiz, dan test lagi sampailah hari jumaat ni,, which is today,,,, hahaha,,,, lambat giler aku post ,, :) tapi relax la,, aku yang nak bercerita,,, nak baca atau tidak tu pilihan korang,, aku tak campur pun la.. :p

baiklah,, pada hari isnin yang bertarikh 22/8/2011 aku da mula kembali ke kelas,, tapi aku tak nak cerita pun pergi kelas,, bosan kutt,,, aku pun tak ada mood la nak taip kalau pasal kelas,,, hehe3,,, jadi cerita aku balik Melaka bermula dengan hari ahad yang bersamaan 21/8/2011 :) ... 

hari ahad tu pun aku belum packing apa2 sangat,,, dah tengah hari, baju aku bersepah, laptop tak kemas lagi,, beg aku pun entah mana aku letak.. XD ,,, kenapa aku tak kemas awal2..?? sebab aku pagi2 dah keluar dah,,, shopping sikit then jalan2 kejap dengan membe,,, dalam pukul 2 kutt aku baru sampai rumah,,, fuhh,,, dah la puasa,,, perut pun asyik ajak karaoke je,, hahaha,,,  memang malas la kan nak packing barang2 tu semua,, tapi kena buat jugak sebab tak nak aku kena saman dengan lecturer pastu hantar surat warning kalau tak pergi lecture,,

jadi aku yang masih keadaan penat lepas berjalan tu pun kemas la barang2 aku yang diperlukan untuk dibawa ke melaka,,, ok then lepas aku siapkan barang2 aku,, pergi isi minyak dulu,,, sampai rumah je aku kaut beg aku dan selepas aku salam dengan mak n ayah aku,, aku pun memulakan perjalanan,,, :)

aku balik melaka lalu highway,, masuk tol paguh keluar kat tol ayer keroh,,, aku keluar rumah pada pukul 4.30 p.m... dalam hati dah dok kata,, bila nak sampai ayer keroh ni,, confirm malam,,,,,, sampai je aku kat paguh aku teruskan perjalanan selama setengah jam,,, haaa,, time ni la part yang bahaya dalam perjalanan aku bila aku mengantuk semasa menuggang motor,,, aish,,, mata aku asyik pejam celik pejam celik je,,,,,, aku boleh terlelap kat atas moto,,,, nasib baik aku tak accident lagi,,, 

disebabkan tak tahan mengantuk,,, aku stop la kat perhentian yang paling hampir dengan kawasan aku tu,, lupa la perhentian apa,,, aku stay kat wakaf a.k.a pondok ,,, angkat beg aku then tidur kejap,,, aku fikirkan nak tidur sekejap,, eh tak,,, lama giler,, tau2 aje dah dekat pukul 7.00 p.m... dalam kul 6.45 kutt baru aku bangun,,,, peh,, aku apa lagi terus capai kunci motor,, teruskan perjalanan aku,,, disebabkan waktu berbuka dalam pukul 7.25 p.m aku stop lagi selepas setengah jam mengebaskan punggung aku,,, hahaha,,,

kalau tak silap aku berbuka kat perhentian kampung bemban kutt,, dah dekat giler dah dengan tol ayer keroh,, tapi perut aku lagi lapar giler,,,, jadi mengikut nafsu makan aku,, aku stop la,,, makan kejap dengan berbekalkan air katira yang aku sempat beli kat johor dan jajan yang aku beli kat perhentian tu,,, sedap jugak walaupun sikit je juadah berbuka aku,,, ye lahh,,, dah lapar,, semua dibedalnya,,, hehehe3,,,

lepas aku berbuka tu solat pula,, dah la aku ter'missed' asar,,,,, kelam kabut punya pasal,,, hahaha,, kurang dah pahala ramadhan aku,,, =.=' lepas solat magrib baru aku bergerak semula,,,, memang betul kata2 aku,,, langit dah gelap habis baru aku sampai kolej aku,,, yang sakit nya bila aku terlanggar burung yang berterbangan di kawasan jalan raya menghala ke kolej tu,,, sakit peha aku,, sekali das aku kena,,, nasib baik seekor je,, kalau banyak ekor,, confirm sembelih kat situ gak,, bawak balik kolej buat burung goreng tepung,,,,,, peh SODAP..!!! hahahahaha,,,,, 

akhirnya 8.00 p.m aku sampai kat bilik dan punggahlah barang2 aku keluar dari beg aku,, :) 

hehe3,, inilah kisah aku yang serba kelam kabut semasa pulang ke kolej,,, raya pun dah dekat je ni... korang dah buat persiapan hari raya..?? jangan persiapan duniawi je tau,, hehe3,,,, oklah sampai sini je post aku kali ni,, dan masih tak ada gambar sebab aku tak amik pic pun dalam perjalanan aku ni. ... maaf ye.. :)

samapi disini saja,, aku ucapkan terima kasih kerana membaca blog aku ini,,,, 

sekian.. ^_^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...