Bila Tiba Hari Bahagia. :)

Wednesday 28 December 2011

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulilah nampaknya aku masih berkesempatan untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama meninggalkannya. :D bukan ape. aku busy sikit. semenjak memasuki alam semester dua ni. hampir setiap hari kelas berakhir pada pukul 5. bukan 5 pagi, 5 petang wei. so confirm2 la penat je memanjang, hmm.. sakit jiwa. tapi demi mencari ilmu, aku tempuhi juga, hehehe.

baiklah, wahai para pembaca semua, hari ni aku ingin update sedikit tentang perkahwinan abang saudara aku yang bernama Haniff (ni je yg aku tau, haha) dan juga isterinya Kak Fatieha. Jadi awal2 aku nak ucap TAHNIAH kat mereka berdua ni, hehe. alhamdulilah . Mereka selamat bernikah pada hari jumaat (23/12/2011) dan wedding diaorang pada hari sabtu (24/12) dan ahad (25/12) .. di rumah masing2 la. korang pun tahu kn? hehe. 

so aku macam xde nak membebel sngt. just nak share beberapa gamba je dgn diaorang. :) lets serbu. 


gmba ni semasa di rumah pengantin perempuan. lawakan baju mereka, even pengampit perempuan pun matching, cuma pngampit lelaki je yang tak . :)



haa... kita zoom in sikit, hehe. :D


yg ni pulak semasa di rumah pengantin lelaki. pelamin dua2 outdoor version, hehe. ingat murah?? aku pun x mmpu nak ada pelamin mcm ni XD. 



yeee.. kita zoom in lagi. 

tapi dalam2 banyak gamba2 yang dapat aku snap ni. ada satu gamba favourite aku. kenapa?? sebab wajah dua2 pngantin mnunjukkan keikhlasan ketika bergamba. kira tak pose, tak ada pikir nak control ape. natural abis. hehe.. 
INI DIA.


HEHEHE.. bagi aku. ini la gamba diaorang yg paling comel . :D sory Abg Anip n Kak Teha. hehe.

Majlis mereka berjalan dengan lancar. alhamdulilah, walaupun tak perfect majlis tu. yang penting mereka dapat di satukan, dan itu yg penting. ^_^ ohh ya,, aku nak share gak gamba2 anak saudara dan adik2 saudara aku yang comel2 belaka, aku ni ramai sedara mara yang comel serta cute. live in the genetics. hehehe. XD


kalau ikut rating aku, budak ni yg paling comel!! haha. dgn muka innocent dia, mata bulat lagi besar, :D comel sngt2. X) bapak arh. gedik giler ayat aku. ok continue.



ni pulak gamba anak saudara aku yang plaing smart. :) mata menggoda x..?? haha.. ni baru berapa tahun, tunggu la bila da besar. :D


ni adalah adik saudara aku yang paling nakal. susah nak dngr kata, nasib baik bukan adik aku, kalau x, mmg abis. haha. 


hehe.. da mcm ustazah kecil kan? sweet je.. ^_^


budak ni kalau xsilap mmg ada kaitan dgn aku, just lupa ape dia, hehe. tapi dia ni pantang nmpak camera, terus posing. :D terbaik.

dan lastly aku nak share, ni tak ada kaitan dengan aku langsung, hehe, dia ni anak angkat abg anip dan kak teha. :D comel kn..?? hehe. 

dan lagi satu gamba yang aku nak share sebab mereka antara yang menjayakan majlis tersebut, dan aku sempat mengambil gamba mereka semua, mereka adalah budak2 katering yang bertugas di ruma abg anip. :D  


ok kat sini je lah aku stop kan update aku utk kali ini. :D untuk gamba yang lebih banyak. korang boleh klik sini <<<------ kat situ... hehe.. 

SEKIAN TERIMA KASIH. :D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...