Bila Tiba Hari Bahagia. :)

0 comments

Wednesday 28 December 2011

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulilah nampaknya aku masih berkesempatan untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama meninggalkannya. :D bukan ape. aku busy sikit. semenjak memasuki alam semester dua ni. hampir setiap hari kelas berakhir pada pukul 5. bukan 5 pagi, 5 petang wei. so confirm2 la penat je memanjang, hmm.. sakit jiwa. tapi demi mencari ilmu, aku tempuhi juga, hehehe.

baiklah, wahai para pembaca semua, hari ni aku ingin update sedikit tentang perkahwinan abang saudara aku yang bernama Haniff (ni je yg aku tau, haha) dan juga isterinya Kak Fatieha. Jadi awal2 aku nak ucap TAHNIAH kat mereka berdua ni, hehe. alhamdulilah . Mereka selamat bernikah pada hari jumaat (23/12/2011) dan wedding diaorang pada hari sabtu (24/12) dan ahad (25/12) .. di rumah masing2 la. korang pun tahu kn? hehe. 

so aku macam xde nak membebel sngt. just nak share beberapa gamba je dgn diaorang. :) lets serbu. 


gmba ni semasa di rumah pengantin perempuan. lawakan baju mereka, even pengampit perempuan pun matching, cuma pngampit lelaki je yang tak . :)



haa... kita zoom in sikit, hehe. :D


yg ni pulak semasa di rumah pengantin lelaki. pelamin dua2 outdoor version, hehe. ingat murah?? aku pun x mmpu nak ada pelamin mcm ni XD. 



yeee.. kita zoom in lagi. 

tapi dalam2 banyak gamba2 yang dapat aku snap ni. ada satu gamba favourite aku. kenapa?? sebab wajah dua2 pngantin mnunjukkan keikhlasan ketika bergamba. kira tak pose, tak ada pikir nak control ape. natural abis. hehe.. 
INI DIA.


HEHEHE.. bagi aku. ini la gamba diaorang yg paling comel . :D sory Abg Anip n Kak Teha. hehe.

Majlis mereka berjalan dengan lancar. alhamdulilah, walaupun tak perfect majlis tu. yang penting mereka dapat di satukan, dan itu yg penting. ^_^ ohh ya,, aku nak share gak gamba2 anak saudara dan adik2 saudara aku yang comel2 belaka, aku ni ramai sedara mara yang comel serta cute. live in the genetics. hehehe. XD


kalau ikut rating aku, budak ni yg paling comel!! haha. dgn muka innocent dia, mata bulat lagi besar, :D comel sngt2. X) bapak arh. gedik giler ayat aku. ok continue.



ni pulak gamba anak saudara aku yang plaing smart. :) mata menggoda x..?? haha.. ni baru berapa tahun, tunggu la bila da besar. :D


ni adalah adik saudara aku yang paling nakal. susah nak dngr kata, nasib baik bukan adik aku, kalau x, mmg abis. haha. 


hehe.. da mcm ustazah kecil kan? sweet je.. ^_^


budak ni kalau xsilap mmg ada kaitan dgn aku, just lupa ape dia, hehe. tapi dia ni pantang nmpak camera, terus posing. :D terbaik.

dan lastly aku nak share, ni tak ada kaitan dengan aku langsung, hehe, dia ni anak angkat abg anip dan kak teha. :D comel kn..?? hehe. 

dan lagi satu gamba yang aku nak share sebab mereka antara yang menjayakan majlis tersebut, dan aku sempat mengambil gamba mereka semua, mereka adalah budak2 katering yang bertugas di ruma abg anip. :D  


ok kat sini je lah aku stop kan update aku utk kali ini. :D untuk gamba yang lebih banyak. korang boleh klik sini <<<------ kat situ... hehe.. 

SEKIAN TERIMA KASIH. :D

Budak kecik?? tapi dia comel :D

3 comments

Saturday 10 December 2011

ASSALAMUALAIKUM

waa.. Dah agak lama tak berupdate blog ni. Sory for the inconvenient, all this is for your convenient later on. Haha ayat yg aku selalu baca kat highway PLUS cuma aku translate jadi BI. :D Mcm fail je kan, xpe, practise make pefect. Hehe. 

Ohh yaa. Sebelum apa2 la kan, aku nak ucap Alhamdulilah sebab aku dah berjaya harungi semester dua hampir 3 minggu, dan quiz pertama sem ni aku dapat jawab dgn tenang, hope dapat teruskan usaha, YEAH!! ^_^ Aku juga diberitahu yg sem dua ni killer paper banyak, tu kata senior and lecturer aku lah. Tapi aku pedulik ape. Last sem kata paper pharmaceutic susah, tapi tu la paper yg tolong naikkan Pointer aku,, haha.. Hebat x? Jgn kata ape2 sebab memang xhebat pun la, :P 

Ok kembali kepada tajuk utama post ini. Sebenarnya nak cari perhatian je, tu pun kalau menjadi la, haha. kembali lagi ke idea asal. Aku just nak bgtau yg ada sorang budak ni yg kira aku admire, tapi tak kemana nampaknya.. Tak ape belum ada jodoh dan rezeki. Aku pun tak letakkan harapan yg tnggi pun :) haha.. 

Dia punya blog punya la lawa. Tapi selalu edit++ aku pun tak sure ape yg dia tak puas ati dgn blog dia. Aku tngok je mesti naik tinggi ke'jealous'an aku. =_='  Aku  tak nak letak ape2 link, kantoi la nanti. LOL . Tapi mcm ada masalah la antara blog aku dan dia tu. Maybe disebabkan dia selalu tukar URL aku punya dashboard mcm tak boleh catch up. Keluar la page yg kata 'We couldnt find this blog' duhh.. Aku da bagi alamat. Cari jela. haha. Kadang2 tu ...............

DASHBOARD AKU JELES SAMPAI LINK DIA PUN TAK TUNJUK. 

Susah aku nak stalk. ==' Mcm sekarang la. Tak jumpa. tapi bila tekan follow. Blogger.com kata aku dah follow. 

KALAU DAH FOLLOW TUNJUK LA KAT DASHBOARD.

Kan aku dah emotional. Hahahahha.. giler seyh. ish3. ==' Nasib baik aku hafal url dia. Dapat la jugak naikkan jeles aku ni bila tngok blog dia. Tu pun hanya satu post je. :) ok la tu dari tak ade langsung. hehe.

hmm.. Aku mcm da mula malas nak online sebenarnya bila aku dah mula rajin STUDY ni. hehehe. So kadang2 je la aku stalk blog dia. Blog aku ni pun dah mula nampak jurang2 yg besar antara post. :) Tp tak ape. Blog ini tak akan aku lupa utk update. hehe..

P/s : post kali ni kosong mcm tak ada isi. hanya luahan tangan yg gian nak menaip. hahaha..

thats all for today folks. :) see u next time on my next post. :D

SEKIAN TERIMA KASIH. 


aku nak blog yg lawa/smart/awesome/demand bnyk lempang nak..?? :D

2 comments

Friday 25 November 2011

this is only luahan hati, short je,,, so,, ASSALAMUALAIKUM..

Aku teringin untuk memiliki blog yg mcm mereka2 yg aku follow,, amat awesome kutt,,, hehehe,,, tapi tak ape,, aku pun sedang usahakan design2 yg lawa,, tapi lama lagi la blog aku nak bertukar rupa,, sebab aku bukan setakat nak edit,, aku juga belajar sendiri mcm mana nak buat blog ini untuk jadi amat smart... so,, i learn from scratch,, lagi bagus kn..?? tak payah susah2 kn org lain, bia nanti org mintak tolong dgn aku,, i like it that way.. ^_^ sikit2 lama2 jadi bukit, ye x..?? hahaha... hope aku dapat la hasilkan blog idaman aku,, hehe,,,,

support me can..?? kalau korang ada mana2 site yg meyediakan code2 yg smart,, tolong bgtau.. ==' leave a comment below, cemment kat wall FB aku ke.. tweet pun ok gak,, :D anyway... aku suka update malam2 so dah malam ni,, tido time,, selamat malam...

SEKIAN TERIMA KASIH..

Hujan di waktu Malam.... tidur??

0 comments

Sunday 20 November 2011

ASSALAMUALAIKUM

hai semua, nampaknya mood berblogging aku dah kembali. kenapa aku kata mcm tu? bih dah pukul 2 pagi ni, aku mengadap laptop lagi dgn berbukakan website blogger.com ni lagi, haha.. lepas tu pecah rekod lagi, under 24h je aku buat 4 updates,, xpernah aku buat mcm tu. seriusly. :D 

memang aku balik MiCosT ni mengupdate blog je la kerja aku, terima kasih MiCoST kerana membosankan diri aku lalu memberi aku mood utk update benda ini,, hahahha,, 

jadi apa yang ingin aku update pada malam ini? aku rasa macam nak cerita pasal tidur pulak, tapi research tak buat lagi. So ini kira spontan post, haha, taip je ape yang aku rasa mcm dan memang nak taip. :)

badan aku da terbiasa tidur lmbat dan jam biologi aku nampaknya dah tentukan bahawa sekarang ni bukan waktu tidur. hehehe. ini adalah disebabkan oleh duduk kat rumah je semasa cuti semester aku yang sebulan panjangnya, betul... aku sbulan kat rumah je wey, kerja pun tak. haha.. lain kali la aku kerja. INSYAALLAH. :) 

aku jealous gak dengan house-mate aku yg besar lagi comel di mata ekin (awek dia) . hahaha, kerana? tadi dia kata nak tidur, then tak sampai 5 minit dia landing, dah berdengkur, aku yang tengah tumpang online kat bilik dia memang tak puas hati... aku kalau baring even setengah jam pun belum tentu berdengkur nyenyak mcm dia. ish. (=_=)'

SO.. tidur, ape pendapat korang tentang tidur. jap2.. aku rasa aku tau. habis kalau nak tanya blogger ni bukan live , hahaha,, so ini ape yang aku rasa la,, 

TIDUR :
  • kerja full-time.
  • hobi.
  • alasan untuk mengelak buat kerja.
  • Lunch korang.
  • Impian yang tercapai, hahaha,, yg ni sbb mimpi la kan.
  • enak.
  • cara menikmati alam.
  • dan lain2 yg korang punya pendapat2 yg plik lagi ajaib itu, hahaha..
tapi kes tidur nya lagi, adalah lagi hebat,, ada mcam2 gaya tidur dan situasi2 yg best utk didengari. aku tak sure la kan korang jenis yang macam mana, tapi harap korang ni semua tidur normal2 la ye, hahaha,, kalau dah tidur ganas tu, baik korang pikir2 kan balik macam mana nak bersuami/isteri nanti, hahhaa,, pikir2 la ye. :D

SITUASI TIDUR :
  • tidur awal, bangun awal -->> bagus!
  • tidur awal, bangun tengah hari -->> kejadahnya, korang tidur brape jam? haha
  • tidur awal, tapi tak tidur2 -- >> aku letuww. haha.
  • tidur lambat, bangun awal -->> hebat tapi tak elok.
  • tidur lambat, bangun lambat -->> rezeki tak masuk wey,, hehe.
  • tidur lambat, tapi tak reti2 nak tidur -->> cari penyakit betul.
  • tidur dan mudah nyenyak -- >> syoknya tidur yg macam nie. =_='
  • tidur tak bangun2 -->> dulu dia baik orangnya, beriman insyaallah,, 

kat sini aku letakkan beberapa pics budak2 yang comel2 ketika tidur,, hahahaha, have fun sleeping,, ^_^.






aku tak tahu dah nak letak ape nak disenaraikan dan untuk digambarkan lagi, hehehe,,, dan aku dah agak dah,, buat post entry pasal tidur nie memang effective, kerana aku dah mengantuk dah,, hahaha,,yeah! boleh tidur dah,, ^_^ 

oh ya, sebelum aku terlupa, Sunnah Rasulullah-->> tidur mengiring ke kanan<<--  kenapa tak kekiri? sebab jantung kita lebih pada ke kiri. kenapa tak baring menegak je? mana la aku tahu. korang tidur la mcm mana pun yg korang nak,,, k? hahaha.,.,

SEKIAN TERIMA KASIH.



P/s : jangan lupa baca doa dan basuh kaki seblum tidur, 
P/p/s : tidur kurang dari 6 jam sehari boleh membawa maut. dah pegi tido!!!! 

Learning Me / Tagging You #2

0 comments

Saturday 19 November 2011

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua para pembaca. ^_^ hari ini agak penat sebab aku telah membuat 3 post entry secara berturut2, rekod aku la ni... haha,, tapi disebabkan hari ni hari Sabtu. so aku tak kisah, ni pun kira tertunda,, hehe. malas nak update pun ada, tu semua tolak tepi,, haha,,, sebab aku nak lepas tension, tu yg mnaip..

ok. utk post entry yg ini pulak adalah utk Kak Zira aku nihh,,, dan bermulalah ----->>

THE RULES ARE :
  1. you must post this rule.
  2. post 11 random things about yourself.
  3. answer the questions provided by the tagger.
  4. choose 5~11 bloggers to tag and link them to your post.
  5. Give them questions to answer.
  6. tell them that they have been tagged.
  7. NO TAG BACK..
11 THINGS ABOUT YOURSELF.
  1. aku ni lelaki sejati, hahaha. tak ada bengkang bengkok kat mana. straight beb.
  2. aku ni anak mix banjar dan jawa, so BanJawa la,, hahaha. tapi tak reti speaking jawa atau pun banjar. amat rugi sekali.
  3. suke mendoodle. conteng2 la. best gak. hilang tension aku selain dari berblogging nihh,,, hehe.
  4. aku ni kedekut orangnya. so jangan nak meminta2 sangat dgn aku. hahaha.
  5. perangai aku kadang2 kebudak-budakan. suka mainan. game2 bodoh. tak matang la gitu. haha. 
  6. aku minat pada lagu, fotografi, komik, anime dan contengan. :D
  7. suka kaler biru, hitam, dan putih. kaler moto aku. hahaha.
  8. aku lebih suka pendam dari meluah. korang paham2 kn la sendiri, hehe.
  9. aku budak kampung yg tak tau terlalu banyak benda yg common. seriusly.
  10. Anti budak berlagak serta bajet. mentang2 aku ni tak sehebat kau. F(word) utk mereka, haha. 
  11. im an internet junkie.! oh yeah...
ANSWER THE QUESTION PROVIDED

Ciri-ciri Lelaki/Perempuan idaman?
agak susah kutt nak jawab. sebab kalau letakpun sekadar angan2,, hahaha... tapi jawab jugaklah.
  • of course lebih rendah atau sama paras dengan aku. tak boleh lebih tinggi. maka, gadis2 rendah, anda mungkin berpeluang. hahahaha...
  • masih ada lagi ciri2 kemelayuan dalam diri. lemah lembut, manis di pandang, pengkid dan tomboy? limited only pada friends dan kenalan je.. hoho. 
  • aku memahami diri dia, dan dia paham diri aku. 
  • tak nak yg terlalu hot/lawa/cantik/dan sewaktu dengannya. tapi kalau dapatjugak, tu bonus namanya,, hehehe..
  • budak kampung seperti aku juga.
  • dapat bimbing aku ke jalan benar, lelaki tak payah nak ego sngt dalam hal ni. tak salah menerima bimbingan dari kaum hawa. yang penting kita berada di jalan yang benar. 
Movie terakhir yang korang tengok? describe sikit pasal movie tu.
ok. movie terkahir yg aku tengok adalah REAL STEEL. baiklah description : -->
  • kisah robot menjadi peninju dan bukannya manusia
  • berlaku di masa depan.
  • watak utamanya merupakan peninju yg terkemuka tetapi sesat ke jalan industri hiburan robot underground.
  • dia gila kuasa terhadap robot. duit berlambak beli robot je. baik beli rumah. cari bini. hahaha.
  • lepas tu dia dikejutkan apabila dia sebenarnya ada seorang lelaki hasil dengan bekas isterinya (kalau xsilap)
  • dgn robot yg anak dia jumpa kat tempat pembuangan robot or tempat sampah la dan kehadiran anak dia dalam hidup dia, dia telah menjumpai semangat tinju yg dia pernah sayang dulu. dan memenangi championship robot. :) 
  • happy ending. hehe
Pekerjaan yang korang impikan ? kenapa ? 
ini pun aku xtau nak jawab apa sebenarnya, sebab aku macam tak pernah ada pekerjaan impian, tapi time kecik2 dulu pernah berangan nak jadi seorang pensyarah. nak ikut jejak mak aku yg merupakan seorang cikgu. tapi sekarang,,,,,,, huhu.. sedih aku nak menjawab.. 

Apa lagu all-time favourite korang ?
aku ni jenis yang follow the flow tau. so banyak lagu yg aku minat. tapi kan. aku rasa all-time favourite adalah Sandarkan pada kenangan by Jamal Abdillah dan Siti Sarah. selalu nyanyi kat karaoke. hahaha

Makanan dan Minuman kesukaan korang? 
haaa.. ni senang, hehe,,, favourite food and drinks tak pernah berubah.. ^_^ aku suka Nasi Ayam dan air jus tembikai.. 

Teringin nak jumpa siapa ? kenapa yea?
aku x minat politik so PM kita mmg xde dalam senarai. hehehe. aku minat muzik. so aku nak jumpa dgn paramore band yg original, band Nickelback, Yuna dan aizat. paramore dan nickelback adalah antara band favourite aku, yuna dan aizat, idola muzik aku serta diaorg adalah guitarist yg menaikkan nama malaysia. ^_^

Siapa kawan terbaik korang ? describe sikit pasal dia.
ni pun susah nak jawab, ramai kawan tapi tak tahu mana yg the best. hhahaha. tapi kawan baik aku maybe akan kata Muhammad Ariff Md Shah dan Syawall Abd Majid. diaorg ni adalah kawan aku time sekolah hingga sekarang. kalau aku ada apa2  masalah/nak keluar jalan2/ lepak2 je. aku mesti cari dua budak ni.. :D

gambarkan perasan / mood ketika ini .
gambarkan ea..?? hmm.. cam ne ek.. mcm ni kutt

hehe

Kenangan yang paling tak boleh lupa ? 
tak cakapkan kenangan pahit atau manis kan..? hehehe.. amik anugerah di atas pentas dengan muka berbalut semasa sekolah rendah... hahaha.. 

suka tempat tinggal yang macam mana ? 
tempat tinggal yg aku boleh duduk dengan mak aku, biar aku dapat jaga dia macam mana dia jaga aku. ^_^ saya anak mak. hehehe. selain dari tu, nak kat kawasan kampung bukan di bandar. cukup sifat utk keluarga. :D

list 5 benda yg korang paling nak dalam hidup.
di sebabkan aku pun hidup belum cukup lama. maka tak banyak benda la kan.. haha.. senang la nak pilih.
  • straight As dalam exam.
  • camera DSLR.
  • New guitar
  • kereta sport LOTUS.
  • bini/awek yg baik.
yg last tu best kan?? hehehehe

TAGGED BLOGGERS
  1. Rahsia/makna di sebalik nama korang?
  2. kenapa korang berblogging?
  3. perasaan korang bila tetiba ada yg datang tampar muka korang? explain sikit.
  4. jika korang diberi satu peluang untuk putarkan masa. time bila? dan kenapa?
  5. adakah aku ni baik di mata korang?? :D
  6. jika korang di beri peluang utk bg free kick kat somebody dan dia x boleh balas. korang buat x? kenapa?  haha.
  7. perkara/benda yg paling korang nak dalam hidup?
  8. apakah perkara pertama yg terlintas kat otak korang bila baca perkataan ni "BOTOL KACA"? xD 
  9. apakah aktivit faveret korang bila da bosan tahap xterkira?? 
  10. kenangan pahit/manis yg paling korang tak boleh lupa.?
  11. apakah nasihat/pesanan yg korang ikhlas nak bagi kat aku?? hehe

P/s : SORY. soalan aku ada yg mcm pelik sikit,,, hahaha

Learning Me / Tagging You #1

0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Baiklah, entry kali ini adalah untuk budak ni ------->>> Izzati Zainal <<<------- kerana telah tag aku dalam salah satu post tag dia. so mana yang membaca ni maka dapatlah info serba sedikit tentang  aku ni,, :D aku newbie lagi, so benda2 mcm ni amat baru utk aku,, hehe,,, live learn guys, live and learn. 

kita mulai

THE RULES are :-
1- Post this rules
2- Write 11 things about yourself
3- Answer the question the tagger set for you
4- Create 11 new question for the people who you tagged to answer
5- Choose 5-11 blogger to tag and link them on the post
6- NO TAG BACK okayy

Sebelas perkara tentang aku

1.Nama penuh aku adalah Mohamad Hazim Hanis Bin Ismail. nama ada jambu sikit sebab ada Hanis, tu adalah idea parents aku, dan aku BANGGA weyh dgn nama tu, hahaha

2.aku suka tidoqq kat kelas, penyakit aku sejak sekolah menengah lagi dan melarat sampai la dah masuk kolej ni,, hahaha,,, tapi kat rumah segar je,, O_O tak reti nak tido, hehe,,

3.aku seorang yang friendly tapi tetap memilih kawan (kadang2) . kawan main sembarang je. muka yang pecah rumah pun boleh jadi kawan aku. haha

4.suka lepak dan hangout dgn membe, walaupun poket tak ada isi pun aku kluar, haha, jnji dapat hang, nanti kalau ada yang rajin MaybE akan Treat aku something la,, hehe


5.aku seorang yang nerd amat, err,,, ada nmpk jugak la nerd tuhh,, haha, kat sekolah pakai songkok je wey, believe or not la kan. :D

6.SUKA STUDY, hahahahaha,,,,

7.suka kumpul barang, tak kisah la ape2, dari syiling hingga la ke tin minuman. syiling kat rumah dah banyak, kay hostel ni dah banyak dgn tin NesCafe,, hehe

8.berjimat cermat A.K.A KEDEKUT,, hahaha

9.agak pembersih jugak la,. jgn terkejut la bila nampak aku pegang penyapu bersihkan rumah. Independent la  katakan. hehe


10. aku suka membebel, merepek ke , maki adik2 ke, yang sewaktu dgn suka membebel, hahaha.


11. Lastly, aku suka blog aku nih,, not much tapi ini adalah aku punya blog, korang punya kew..?? hahaha

JAWAB SOALAN YANG DITAG

Kau rasa kau baik tak?
- Aku? baik Ke tak? OF COURSE LA tidak .. heheh,, aku rasa aku baik pun x jahat maybe ar, sebab aku suka wat org sakit hati, suka orang sakit jiwa, dan suka buat2 jahat, hahaha

First expression masa kau jumpa aku?
- Haa,, yang ni aku ingat, serius kelakar. actually bila aku first2 jumpa kau , otak aku memainkan ayat ni.. "Dia lagi tinggi dari aku??? serius aku pendek" hahaha.

Perkara Yg Paling Stupid Yg Pernah Kau Buat?
- errrr,,, apsal la kau bagi soalan nihh ,,, segan deyh.. ==' .. hmm ok2 ,, aku rasa yg pling stupid adalah bermain kejar2 dalam hujan dgn seorang makcik cina selepas aku langgar kereta dia dgn moto aku, then aku blah gitu je,,, hahaha,,,, dia kejar naik kereta la, bukan lari,, hahaha,,, terkial2 aku,, sbb moto aku ok je, kereta dia yg kemik bumper belakang,, hahahaha

Ape Yg Kau Tengah Kejarkan Sekarang?
- kejar org, :D xde la, aku tengah kejarkan masa depan yg cerah,, WOW ..!!!! hhahaha,,, hidup yg senang dan tak leka utk berada di sisi Allah la, (Baik la Pulak XD )

kalau betul korang ni kwn aku ,brape kali dlm sminggu kau ingat aku dlm doa kau?
- disebabkan aku ni kawan kau, so tak ada la.. hahha.. dalam masa seminggu tu maybe tak pernah la, dalam setahun tu ada la jugak,, hehe, kau pun kawan aku kan? brape kali pulak doakan utk aku?? XD amikaw..

kau pernah buat pekara yg aku tasuke kat blakang aku ke? jujur boleh? 
- Aku xtau la ape yg kau x suka,, hahha, kalau setakat mengumpat tu pernah la. maafkan aku . haha... jujur? Boleh.. hehe

bnd ape yg paling seronok yg kau pernah buat?
- ni aku xtau nak jawab ape, sory to say. my life is so boring.. =_='

ape yg menyebabkan kau kadang2 hilang sabar?
- PEREMPUAN..!! ahhahaha. terumatanya adik perempuan aku,, hoho..

ape kau rse bile org puji kau tetapi he/she doesnt mean it atau dlm cara sindiran?
- Rasa teraniaya la. kalau tipu baik senyap, tak payah cakap benda yg dusta. dah cukup perfect ke nak buat aku mcm tu? haha

ape pekara yg paling seronok aku dgn kau (kita) pernahbuat bersama? [oi ini bukan 18sx, take note :P ]
- reminder kau mmg best. ==' . kalau aku tulis bnda yg 18+ sape nak visit blog aku?? hahaha. bnda yg kita pernah buat cuma borak2, gelak2, gila2, buat bising kat kelas jelahh,, best gak kn?? :D 

pesanan ikhlas dr lubuk hati kau untuk aku ? 
- aku xde lubuk hati, tapi aku bg jugak la, hehe,, first jgn lupa aku, friends last 4ever jika x lupa, dan pesanan aku, jangan jadi nakal and jahat mcm aku, hehe

SOALAN AKU UTK YG DITAG
  1. kalau kenal aku. apa pendapat kau tentang diri aku?
  2. perbezaan manusia dan insan? 
  3. ape yg kau harapkan utk masa hadapan? impian la senang citer.
  4. ape benda duniawi yg korang nak sangat?
  5. kalau aku mintak kau padam blog kau nak buat tak? kenapa? haha.
  6. dalam kehidupan harian, kau ikhlas x melaluinya  setiap hari? kenapa?
  7. kalau kau di bagi RM2000 . ape kau buat dengan setiap sen duit tu?
  8. senaraikan benda yg kau tak suka. boleh?
  9. ape yg kau rasa kurang pada diri kau sendiri?
  10. ape yang kau rasa boleh buat kau happy kat dunia ni?
  11. kalau kau di beri satu peluang untuk kembali ke masa silam kau. bila dan kenapa? 
BLOGGERS YANG DITAG.

untitled

0 comments
ASSALAMUALAIKUM

ya Allah, dah lama giler aku tak update blog aku nihh,, hehe,,, gladly maybe aku dah ada mood sikit sekarang nie. ada insiden yang tak diduga berlaku sebelum nie, dan macam yang korang tahu Malaysia menang semasa melawan Indonesia tempoh hari. aku dan geng2 yang tengok bola of coz la tak boleh duduk diam. hahahaha..

dalam masa sebulan lepas aku bukan tak nak update blog, tapi masa kat rumah aku (Batu Pahat, Johor) line internet amat lambat. :) so aku tak boleh nak kata apa lagi la kan, tak kan nak cakap kat ayah aku ---->> ayah2, tukar modem dan pakej baru untuk internet, baru berapa ratus <<--- hahaha,,,, sungguh mudah anak2 moden kini meminta duit pada ayah mereka, termasuk aku la jugak,, XD 

jadi bila da bukak balik blog ni, nampaknya aku telah ditag oleh mereka ini : ---->> 

Izzati zainal

Kak Zira

soalan yang di tagkan xnak gempak dan personal lak tu,, hahaha,,, ok,, yg first tu ex-classmate aku masa sekolah menengah, dia tu gila2 sikit, unlike me la kan,, haha,,, pastu yg 2nd tu kakak aku, comel kan..?? XD nama diaorg telah aku link kan ke blog diaorg if korang nak tau la kan,, hehe,,,

so dua post yg berikut selepas post ini adalah kerana tag diaorg ni,, aku xtau la tag tu dah abis musim belum,, coz aku lambat,, haha,, better late than never right?? :) 

aku dah malas nak tulis ag kat post ni,, ada lagi post yg lebih pnjang,, tunggu je,, hehe,, 

SEKIAN TERIMA KASIH.

MorNing With Me : first time update di matahari terbit

1 comments

Wednesday 2 November 2011

ASSALAMUALAIKUM



Hai para pembaca semua,,, baiklah,, untuk kali pertama dalam sejarah blogging aku,,, aku ingin ucapkan SELAMAT PAGi...!! ^_^ first time aku update semasa matahari sedang terbit,,, time2 camni memang sedap untuk tido sebenarnya,,, hahaha,, 

TERUK PRANGAI  AKU NI,,, (=_=)'

aku tetiba rajin sngat untuk update pagi2 cam ni pun bersebab,,, sebenarnya aku tak tido satu malam ni,,, aishhhh,,, mesti aku kena bebel dengan budak kecik ni kalau dia dah baca post ni,,,, =_= sory dear,, huhu,,, 

bukannya aku tak nak tido,,,cuma aku tak dapat nak tido malam tadi,,, aku bersin,,, hidung tersumbat,,,, tido memang dah tak boleh la,,, macam mana nak tido dengan segala ketidakselesaan pada hidung ni,,, hidung aku sngt sensitif tahu..!! hahaha,,,, tapi memang terseksa jugak la... dah berapa kali dah aku cuba untuk tido,, tapi aku tak jugak terlelap,,,, ISH!! last2 aku duduk je sampai lawaktu subuh,,, dan terus la sampai sekarang,, hmM...

jadi sekarang aku nak buat ape?? entah la,, cari sarapan la kutt,,, dapat pekena teh tarik ni pun ok gak,,,, hehe,,, korang semua doakanlah ye aku cepat dari penyakit aku yang dikenali sebagai selsema ini,,, huhu,,,,, 

dah jomlah ramai2 pegi sarapan.. ^_^ SEKIAN TERIMA KASIH.....

Sorry To Say : Fakers are just not smart enough

0 comments

Friday 28 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

Hai para pembaca ,,, sekali lagi aku meng'update' blog aku,,, dan kini aku ingin bagi review sikit tentang isu yang semakin jadi hangat di laman rangkaian sosial FESBUK,,, iaitu FAKER..!!! 

 ye faker atau nama saintifiknya "orang xtau malu" hahaha,,,, serius aku memang anti jugak pada mereka yang menjadi faker ni,,, mentang2 fesbuk tu x mintak no IC,, boleh la buat semua benda,,, tapi patut ke kita buat...?? tak fikir ke ape perasaan orang original tu,, 

ok aku mula perasan perkara ni bila kawan aku mengetahui yang ada acc FB fake,, yang guna info dia,, gamba dia,, tapi bukan dia,,, aku sempat chat dengan budak tu untuk menunjukkan bahawa dia tu fake,,, memang segala ayat2 yang di "censored"kan aku sebut dalam sesi chat tu,,, hahha,,

pastu berlaku lagi dalam fren FB aku,,, dia post kat wall tentang acc fake,,, perkara yang sama juga,,, gamba dia, info dia ,, tapi bukan dia,,, siap cukup 2 - 3 album gambar,,, ish! dan kini kes terbaru,, kawan aku satu sekolah dan sebaya dengan aku mengumumkan ada faker guna info dia,, nama macam nak termuntah siut,,, pastu boleh pulak ramai fren,,,, hmM...

apa agaknya motif sebenar para faker ini,,,?? Allah dah bagi muka dah,, kenapa mesti guna muka orang lain,,?? hidup dalam penipuan,, tak de life kew..?? aku tumpang simpati la kepada mereka yang faker ini x berapa nak menarik,, tapi itu bukan la boleh dijadikan sebab untuk berbuat sedemikian... allah da berfirman yang manusia ini adalah kejadian yang sempurna,,, kalau kita malu dengan masyarakat,,, tak payah cari perhatian masyarakat,,, cari perhatian ALLAH... mana lebih penting..?? manusia yang macam2 perangai atau ALLAH yang maha Adil...?? fikir2 lah,,,

tapi ini selalu berlaku pada orang2 yang famous atau HOT di fesbuk tu,,, and of coz la (insyallah) aku tak akan ada kes macam ni,,, aku tak famous dan tak HOT,, hehehe,,, aku perasan juga faker ni selalu aim target pada  perempuan,,, maybe sebab senang nak dapat kawan,, laki2 ni pantang nmpak Profile Picture (DP) tu perempuan lawa je mesti nak add,,, aku tak ea,,, jangan samakan aku dengan lelaki hidung belang,, haha,,,, 

kalau aku jumpa je faker confirm block, remuve and report,,, tu je la aku mampu buat,,, jadi aku ingin memujuk anda semua untuk menghalang perkara2 seperti ini berlaku lagi,, dengan block dan report jika berlaku di laman anda,,,  huhu..

semoga gejala faker ini dapat di banteras kerana ia hanya merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat... 

P/s : post aku kali ini dahh macam speech PM... hahahaha,,,,,, kempen..!!! XD

SEKIAN TERIMA KASIH

Bila Malam, Mulalah Merapu...

4 comments

Wednesday 26 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

Hai para pembaca semua,,, malam ni aku macam tak ada isi sangat untuk di update tapi yela,, tangan dah gatal sangat nak update,, aku tetapkan niat untuk update jugak blog aku yang tak seberapa nie,,,, hehe,,, bangga dan suka pada blog aku nie,,, tempat aku blog-walking,,, tempat lepas tension ,,, kerana blog la aku rajin mencari ilmu2 di laman sesawang,,, haha,,,, naik bil internet bila aku balik Batu Pahat,,, haha,,,, 


so aku rasa aku akan taip tentang bermulanya aku berblog,,, haa,,, korang nak tau ke x..?? kalau tak nak aku ucap "SEKIAN TERIMA KASIH" sekarang,,, hahaha,,, 

aku mula timbul niat nak berblogging ni semasa aku berada di GiatMara Parit Sulong sesi jan-jun 2011,, :D sebab rakan secourse ada blog,,, Muhammad Adha namanya,,, dan aku juga perasan yang kakak angkat aku pun ada blog,,, comel lak tu blog dia,,, suka aku stalk,, hehe,,, kak Nurul Nazira,, hehe,, kiranya diaoranglah yang mencetuskan minat blog ni,,, ye la,, jeles,,, aku pun nak jugak,, hahaha...

maka dengan itu aku pun mula nak daftar di blogger.com dengan harapan lepas ni aku pun jadi seorang blogger,,, hehe,, tapi first2 day tu masih macam bangang ar dgn blogger ni bengang aku dibuatnya,,, hahaha... so aku mintaklah tolong pada Adha dan Kak Zira aku tu.. ^_ ^ dia pun bagi la blogspot seseorang yang di penuhi dengan tutorial tentang blog,,, 

aku pun mulalah bikin sana sini,,, dan kalau korang nak tahu,,, background aku ni,, adalah background aku yang pertama,,,, hahaha,, sampai sekarang aku guna,,, malas nak ubah,,, dah banyak sngt edit HTML.. ^_^ ok,, aku tahu aku ni bkan up-2-date sngt,, haha,,, so what,, its my blog,,, not yours,, haha.. post pertama aku adalah "kenali diri" post tu dah xde,, aku da padam,,, hehe,, 

then pada masa aku dah pndai blogging,,, aku jumpa plak blog sorang budak kecik ni,,, Aina Shaherra,, dulu blog dia ada tutorial,, so kadang2 tu tanya dia jugak,, budak kecik lebih hebat berblog dari aku,,, haha,,, sekarang dia dah tak nak letak tutorial lagi dah,,, :D blog dia comel gak,,, tapi sekarang dia privatekan,, xdapat nak stalk,,, hehe,, 

seriusly,, pengalaman aku ketika jadi seorang blogger ni memang cukup best,, aku dapat baca blog org lain,, baca pendapat diaorang,, lihat blog mereka yang gempak lagi vogue,, WOW,,, haha,,, tapi yela,,, dunia blog ni juga didominasikan oleh kaum2 hawa,,, kaum adam bukan tak ramai,, tapi tak seramai kaum hawa,,, pastu blog kaum hawa ni pulak,, aish,,, korang paham la ye maksud aku,,, hahaha,, TOP..!! XD 

kini aku berbangga untuk aku mengatakan bahawa aku adalah blogger Tegar,,,!! haha,,,, kalau boleh nak tiap2 hari update.. tapi aku tak mampu,, idea bukan datang bergolek,, dia datang pun tak bagi salam,, tetiba je datang,, haha,,, so kalau ada idea tu,, adalah isi kat blog ni,, hehe,, 

kadang2 tu aku sanggup tido selewat 3 - 4 pagi semata2 cari bahan and update blog punya pasal,,, dah jadi cam panda dah mata aku ni,,, hahaha,,,, blog memang best.. ^_^ sekarang ni aku pun dah pandai jadi stalker para blogger,, mana taknya,,, blog mereka sangat gempak,, follower sangat ramai,,, wow,,, nak jugak,, haha,, nanti aku senaraikan blogger yg aku sebutkan tadi  :) 





kini alhamdulilah dulu kakak Nazira menjadi follwer terawal aku hingga aku telah ada 43 follower,,, views pun tinggi gak... :D aku memang suka part2 macam ni la,, bila dapat tahu bahawa ada jugak yang nak baca hasil tulisan aku yang banyak salah tatabahasa ni,,, haha,,, so sekali lagi aku ucapkan terima kasih pada yang follow blog ini,,, ^_^  walaupun tak adalah ramai sangat ,, tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada,,, tak mau tamak2 ok.. :D dan mintak maaf la sebab banyak merapu merepek je,, dah macam hobi aku dan ada pepatah dari budak kecik tu,, "MEREPEK ITU WAJIB" haha,,, merepek tul.. :D

so aku pun dah tak tau nak taip apa lagi,, ni pun da terlebih panjang,,, confirm sampai ayat ni korang mesti dah bosan,,, hehe3

LINK : 
pendorong minat aku adha ,kak nazira dan aina.. 
blog tutorial :
belog yang gempak / ramai follower / amat menonjol  :
kalau boleh nak listkan semua,,, haha,,, tapi tak larat SORY ,, dah malam dah ni.. =_=' ni antara je,, dan korang boleh nampak,, semua adalah gurls,, huhu,,,, mana lelaki yang gempak..?? tersembunyi,,, hehe,, pasni nak cari blog kaum adam pulak la,,, haha..

ok la,,, smpai sini je la post kali ni,,, penat dah aku,,, da kul 2 pagi dah ni,,,, :) 

SEKIAN TERIMA KASIH....  

anda bosan? baca ni utk tambah bosan lagi,,

0 comments

Tuesday 18 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

hai para pembaca semua,,, :) dah baca tajuk kan?? so soalannya,,, anda bosan atau tidak,, haha,,, jika anda adalah seorang remaja,, anda pasti akan menyebut perkataan ni hampir setiap hari,,, kenapa mesti remaja? entahlah,,, aku tengok sekarang semua benda dah sinonim dgn remaja,,, haha,,, 



sebenarnya aku post entry pasal bosan ni pun sebab aku sendiri bosan,, remaja la katakan,, semua benda boleh jadi bosan,,, haha.. serius memang aku bosan,,,, cuti semester ada lagi sbulan,,, aku dah tak ada idea dah nak buat ape,, dalam masa seminggu aku cuti,,, semua aku dah buat,,, memang tamak kan..?? hahaha....

so aku pun update la blog manalah tau boleh hilang bosan nie,, dalam masa yang sama dapat lepas tension dengan berblog.. :D ada la jugak update setelah seminggu tiada isi baru,, hehe

so dah alang2 aku bosan ni,,, jom cerita pasal bosan....

APA ITU BOSAN??
bosan adalah keadaan emosi seseorang yang tidak mempunyai kerja untuk dilakukan dan hilang minat pada persekitaran mereka. (cam jawab soalan peperiksaan jep.. :D) 

KENAPA BOSAN?
entah la kenapa ley jadi bosan,, datang naturally kutt,,, aku sedar aku bosan bila aku bosan,,,, anda semua setuju?? hahaha,,,, 

KENAPA SINONIM DENGAN REMAJA?? 
dah memang cam gitu,, bukti senang je,, log in pada fesbuk anda,,, dan cari status "bosan" ,, ada jumpa tak status orang2 yang berpengalaman tulis "aku bosan la ari ni" susah kan,,,? remaja?? aku online je kurang2 mesti ada 3 status,,,, hehehe

PUNCA BOSAN??
macam benda ley jadi punca,,, muka membe sendiri,, buku teks sekolah,, study 24/7,, online fesbuk,,, hahaha,,,, semuanya bergantung pada individu,,, tak ada sebab yang fixed... ^_^ tapi aku bagi senarai pendek punca selalu jadi bosan : 
  1. buat kerja yang berulang2
  2. tak ada hobi atau minat
  3. kawan yang tak ramai
  4. terlalu memikirkan perkara2 remeh dan meng"hyperbola"kan... XD
  5. ganguan emosi
  6. kurang bersosial (jgn jd so sial sudah XD )

LANGKAH2 HILANGKAN BOSAN??
yang ni pun bergantung pada individu jugak,,, ada yang memang tak ada kerja selain bosan je,, haha,,, ada yang tengok kertas kosong pun dah boleh ketawa,,, haha... tapi aku bagi jugak la senarai,, meyh serbu :
  1. cipta cabaran untuk diri anda
  2. cari aktiviti (jgn cari pasal lak ,,, XD)
  3. cari hobi
  4. jadikan kerja sebagai permainan (main2 kan kerja.. cam ne tu,, hehe)
  5. tambah ilmu.. (for nerd?? ^_^)
  6. cuti 2-3 hari untuk relax
  7. pergi jalan2
  8. telefon si dia <3
  9. membaca
  10. tidur
  11. update/buat blog
  12. bukak lagu kuat2
  13. be wild XD
  14. ambil gambar banyak2 then upload kat FB
  15. surf internet
  16. pergi shopping (bila berduit la :D )
  17. tengok televisyen
  18. pergi cari kerja
  19. buat hasil seni
mana yang di 'bold' kan tu apa yang aku selalu buat kalau bosan.. :D kenapa aku x bold kn TV n si DIA?? tv aku tengok makin bosan adalah,,, hahaha,, dan si dia tu ada 2 sebab,, satu aku single kott,, tngh cari calon,, :D dua xkan bosan baru nak cari dia,, aku nak selalu cari si dia,, tak kira bosan atau tidak,, :D sweet x aku ni,, hahaha... 

KESAN MENJADI BOSAN??
jadi bosan ni ada harmful effect tau,,, korang nak tau x...?? mesti nak kn... XD para pengkaji mendapati bahawa orang yang selalu jadi bosan mempunyai kebarangkalian untuk mati lebih cepat dari orang yang tidak,,,  aku pun tak sure ar kan,,, haha,,, so korang baik cari benda nak di buat,,, jangan bosan jek,, hehehe,,,, 

memang patut tajuk post ni macam ni,,, aku baca post aku ni balik memang tambah bosan sebab panjang sangat,, hahaha,,, memang penyakit aku kutt taip panjang2 ni,,, :) so aku stop la post kali ni kat sini... ^_^ akhir kata dari aku ... ----->>>> 



SEKIAN DAN TERIMA KASIH KERANA MEMBACA SAMPAI AYAT NI,,, HEHEHHE... 

p/s : buat post ni sampai x tido mlm,, skng da kul 4  a.m ^_^

short notice..

0 comments

Monday 17 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

hai para pembaca semua,,, ok post kali ni masih cam kosong2 lagi,,, sebab aku masih tak ada idea nak post ape,,,, hehehe,,, just nak say terima kasih kepada mereka yg follow aku,,, alhamdulilah follwer menaik dari 29 terus ke 41 orang,,,, mendadak naik,, aku x buat post bau pun ada yang nak follow,,,, hehe3,,,

bukan nak show off ke ape kan,,, just nak tunjuk appreciation aku kepada yg sudi baca blog aku yg x seberapa nie.. :) so TERIMA KASIH SANGAT2...!! ^_^

aku nak tmbah sikit lagi,, , hehe3,,, untuk masa2 yg akan datang,,, aku akan memulakan perjalanan sebagai pelajar semester dua bagi course pharmacy di MiCoST,,, so insyaallah akan ada la benda nak d update,, :D aku juga akan bgtau jika2 aku nak wat segmen baru pada setiap minggu,,,, idea yg dah ada,,, kenangan masa kecik2,,, so korang semua nanti2 kan lah ye,, :D 

untuk sementara nie aku nak enjoy cuti aku yang masih ada lagi sebulan nie ,, pegh! lama giler,,, aku pun dah tak tau nak wat ape,, keje memang da tentu2 malas,, ahahaha,,, kes tak tau nak keje ape sebena nya.. :) tp impossible la aku akan tinggal blog ni selama sebulan,,, hahaha,,, start esok insyaallah ada post baru,,,, 

ok smpai sini je la post aku,,,, sooo

SEKIAN TERIMA KASIH...

end with exams begin with holidays

0 comments

Sunday 9 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

hai semua,,, sihat tak..?? kalau tak sihat cepat2 la berdoa kat tuhan agar d sembuhkan penyakit tu.. :D jgn bergantung hanya pada ubat,,, kalau makan satu lori ubat pun belum tentu boleh baik sesuatu penyakit jika tiada izin dariNya... hehehe,,,, 



ok post kali ini aku ingin memberitahu bahawa secara rasminya aku bukan lagi student semester 1 ,, hehe3,,, da naik pangkat sikit,,, akan jadi budak sem 2 pulak so kalau ada budak baru masuk,, aku dah jadi senior,,, hahahaha,,, exam aku baru je habis pada 7hb Oktober 2011 yang lepas,,, :D (tarikh sepecial giler tuuuuu) ,,, so kini aku menjalani hidup sebagai student yang tengah holiday,, hahaha,,,

tapi kan,,,,, aku baru je cuti satu hari,, bosan terus meresap dalam jiwa aku ni,,, da terasa boring da wei,,, macam tak boleh blah la kan,,,, baru satu hari cuti,, haha,,, so pada hari sabtu dalam kul 9.00 pm aku keluarlah jalan2 jap.. konon nak hilangkan bosan tapi makin bertambah bosan adalah,,, da la balik tu boleh hujan,,, ish3,,,, smpai rumah je basah kuyup aku.... membe2 masih ramai yang tak ada kat BP,,, on the way kata nya,,

dan aku juga cuti selama sebulan,,,, mak aku dah membebel suruh cari keje,,, katanya sebulan nak buat apa aje,,,, aku pun ada fikir2 kan jugak,,, tu la,,, tak tau giler nak keje apa,,,, nak cari malas,,, nak kerja pun malas,,, hahaha.,.,., tak dapat den nak tolong,,, huhu... hmM... tp mostly aku da plan nak hang out dgn membe2 lama aku yang dah lama tak bersua ni,,, :D 

hope plan jadi la ye,, kalau tk jadi pun,, korang boleh cari aku kat rumah,,,,, TIDURRRR,,, lagi syok,, hahaha... habiskan masa dengan aktiviti seperti sukan dan exercise,,, nak badan yang fit,, boleh men futsal untuk kolej nanti,, :D dah ada angan2 da nie,, hehehe3,, dah tak ada dah nak study 24/7 ... kuang sikit tension aku nihh,, hehehe3,,,,,



so plan cuti stilll blurrrrrrr,,,,, xtau nak isi apa dengan cuti,,, but i wll try to fill it fully,,, hehe3,,, semester 2 akan start pada 21/11/11 :) lama lagi wei,,, haha,,,,, kalau ada idea untuk bg kat aku,,, jgn la segan silu,, FB ada,, twitter pun ada,,, walaupun sikit je kn.. :D

ni pun baru je lepas pusing2 bp..... pada hari ahad la,,, aku pusing mall ramai orang,,, aku pusing tasik Y (taman rekreasi) lagi lah ramai..!!! tak tau la ape function,,,, nak singgah da xdpt,, ramai sngt,, paking of coz penuh,, hoho... so cam gini je la,,, membuat pplan utk meet dgn membe2 lama,, hehe3,,,

ok sampai di sini saje,,,, mata dah kuyu habis da nie dan aku nak menikmati cuti yang dah dibagi kat aku,, :D



SEKIAN TERIMA KASIH ^_^

the smile came back,,,, =)

0 comments
ASSALAMUALAIKUM

wahai para pembaca yang sudi membaca blog aku nie,, ucapan terima kasih sentiasa aku ucap di hujung setiap post... hehehe..  so jika korang da pernah baca post aku yang ni korang MAYBE AKAN  perasan yang semalam (hari ni 8/10/11) adalah 7hb Oktober 2011 di mana aku mengatakan yang aku akan kembali,,, dan aku telah kembali,,, tu yang tersunyum je,, hehehe,,,,, 



tarikh u sebenarnya tarikh aku stop contact budak kecik tu then sambung semula sebulan kemudiannya,,, kerana..?? EXAM..!! trauma hidup bagi setiap manusia yang bergelar student,,, =_='
time tu la nmpak beza antra yang betul2 STUdent dan betul2 STUpid,,, hahahahaha,,,, lama jugak la sebulan tu,,,

1bulan=30hari=720jam=43,200minit=2,592,000saat

lama giler kan bila dilihat macam nie,, hahaha,,,, dammnnnn... (=_=)'
then bila tiba tarikh tu,, call la,,, huhu,,,, dengar2 je suara dia serak sikit,,, hahaha,,, haa,, tengok,, aku masih cam n ingat suara dia macam mne wlaupun dah sbulan,, hahaha,,,,

tp aku post lmbat sikit r pasal tarikh special ni,,, busy kutt,,,, haha,,, on the spot abis sgala cerita (x sume,, masih ada yg tergantung) amatlah happy time tu sebab dapat dngr suara dia lagi sejak 7 september,, haha,,, dia cam main tipu sikit arr,, dia call diantara tarikh 2,, walaupun da langgar janji tapi aku xkisah pun,, hehe3,,, tadi pun ada call gak,,, ada ke dia boleh kata aku donut,,, manis di pandang tapi lembut,, aku cam,,, ye ke,,,??? sedikit ketidakpercayaan ar,, part manis and part lembut,,, aku x manis d pandang pun,,, hahaha,,, tapi maybe ada betulnya gak,,, bukan aku ni lembut,,,, x tunjuk kasar je dengan dia,, hahaha,,,,, (aku buat translation sendiri tentang "donut" tu ,, tu yang jd manis tu,, hahaha)

dan kini exam aku pun da abis,,,, tapi dia pulak akan exam tidak lama lagi,, kena lost lagi,,, sebab,,,?? EXAM la,,, dah brapa kali aku nak bagitau ni,, hahaha,,,, moga dia berusaha betul2,,, i will b cheering.... :D

aku ni cam x abis2 nak cerita benda jiwang2 cam ni kan,, korang bosan x..?? kalau bosan bagitau,, bia nanti aku tambah lagi cerita cam ni bia korang jadi bosan je,,, hahaha,,,, gurau suda,,,, xnaik la traffic blog aku ni,,, walaupun x seberapa.. :D thanks pada yang follow.... 



ok tu je kutt aku nak bgtau,,, aku ni bukan jenis yang suka bercerita sangat,, pendiam la kononnya,, walaupun dia kata aku talkative,, aku still pemalu,,,, so mmg xkan jadi berani utk petah berkata2,,, so aku akhiri post ini dengan :

SEKIAN TERIMA KASIH ^_^

Recent Memory

2 comments

Wednesday 5 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

entri kali ini akan aku bercerita tentang aktiviti student2 semester 1 micost yang tinggal setelah ramai yang dah bercuti,, haha ,, :D kitaorang still menjalani minggu exam lagi tapi disebabkan tension je memanjang,,, kitaorang hangoutlah kejap,,, niat baik tau,,,, nak hilangkan stress dengan memenuhi perut,, hahaha,,,,, memang the best,,,, 

ok first story,, mall yang paling dekat dengan kolej aku adalah mydin mall.... jalan kaki xsmpai sepuluh minit sampai,, amat lah dekat sampaikan apa2 yang kitaorang nak beli,, mesti kat mydin,, dah tak mau dah tempat lain,, hahha,,, tapi mydin tu bukan macam mall yang lain,,, ada wayang ke,, kbox ke,, tak ada just groceries je,,, :P so kitaorang jalan2 je la dalam mall tu,,, then masing2 setuju nak pegi makan,,, kat mana,,,,?? persoalan yang timbul,,, then nampak restoran RFC cam KFC cuma R=radix and K=kentucky .. :D.. PICS ::::::>

jauh yang sorang tu,,,, pergi enam orang :D



parking lot mydin :) Caz dan nabil


gurls yang join in.. 



ni time da abis makan RFC ,,, tngn sapa yang dok nyebok nihh,,, uish


bibie.. my rival in blogging and photography... :D minat benda yang sama


sweet kapel kelas aku,,, hehe3... comel dua orang niee. :D
caz tak join makan,,, dia ada hal lain yang perlu diuruskan,, aku tak tau la apa kn,, dia senior,, pndailah jaga diri,, haha.. ok next story,,, so on the next day pulak,, Kitaorang diner together lagi,, :D memang best betul la bila tak ramai,,, semua projek jalan,,, ^_^ ,, diner kitaorang pas tu lak amat simple sebab duit da abis kat RFC tu,, haha,,,, jemput2 pulak..  :D jom terjah ::::::::::>>

menu utama :D classs kn,,, siap di susun ag,,, haha,, nabil puny keje,,,

apakah perasaan anda selepas menikmatinya..?? "HAPPY" haha

ni la participant nya,, aku tukang amik gmba.. :)

dan juga,, akulah tukang masaknya,, nabil jadi assistant aku,,, XD 
hahaha,,, so tu la aktiviti kitaorang ,, makan je,, :D pas ni masing2 jadi gemuk la,,, asyik makan je,, haha,,, tapi inilah aktiviti yang mengeratkan siratulrahim,, walaupun kecil,,, tapi memberi makna yang besar... :D 

and btw bibie gurl ada gak wat entry yg sama,, aku je lmbat 2 ari dari dia,,, hehe3... nak terjah..?? klil kat SINI .. :D "SINI" hehehe,,

SEKIAN TERIMA KASIH,,, :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...