BALIK RAYA JOM...!!!

0 comments

Sunday 28 August 2011

Assalamualaikum para pembaca semua,,, :)

seperti yang sedia maklum,,, ketibaan hari yang mulia hari raya aidilfitri semakin menghampiri dan bulan mulia bulan ramadhan semakin meninggalkan kita,,, rasanya macam baru semalam je aku niat puasa pertama,,, hahaha,, hMm.... rindu pulak kat bulan puasa ni,, fuuhhh,, macam2 berlaku,, tapi tak mampu cerita semua la,,, hehe3,,, maaf ye,,, :)

dan sudah pasti la bila syawal hampir menjelang semua hendak bersama keluarga tersayang,, :) semua mula balik kampung,,, tapi kalau yang oversea tu skype-ing je la,,, hehehe3,,,, dunia dah maju,,,,, :D kalau aku pulak,,, family aku tak ada sorang pun pandai guna skype,, so aku kenalah balik,,,, hahaha,,, XD

dalam MiCoST tu aku antara yang balik lambat,,,, hari terakhir kolej aku tu ada penghuni adalah hari sabtu bersamaan 27/8/2011... :) selain aku senior aku yang balik lambat adalah abang Achoyy, Luepeh, dan kak Fie,,, batch aku pula Ecah dan Izan,,, kitaorg sempat mid-night snacking pada jumaat malam sabtu,,, hehe3,, syok gak r,,, tapi berempat je,,, :)

hari sabtu tu aku balik saing abang choyy,,,, ye la sama2 orang Johor,, :D perjalanan aku bermula pada pukul 9.30 pagi,, ingat nak gerak awal,, tapi abang choyy lambat r,,, hahaha,,, dan macam biasa aku pulang ke kampaung dengan mnaiki motor la,,, LC aku tu la jadi peneman aku di kala bosan... boley jalan2.. :D


itulah motor aku yang jadi teman aku masa balik kampung,,, kalau aku pergi mana2 je mesti dengan dia,,, hehe3,,, yang belah kanan tu pulak motor abang choyy,,,, nmpak biasa je,, tapi laju gak,,, aku kena berusaha untuk kejar walaupun dgn LC,, wahh,,,!! hehe3

time aku nak blah tu aku sempat lihat kolej aku buat kali terakhir,,, peh,,,, macam last tengk je,, padahal seminggu je cuti,,, hahaha,,,, tapi memang lengang giler la kan kolej aku bila semua dah stat cuti,,, ada jugak student yang dah balik pada hari rabu lagi,,, awal gilerr,,,


ni la keadaan hostel aku,,, tapi memang cam ni gak tiap2 malam,,, sunyi je,,, :D xramai student la katakan,, tapi ni lagi sunyi,,,, dah tak dengar dah gelak ketawa budak perempuan,,, jeritan budak lelaki,,, hahaha..


inilah abang choyy,, senior aku,,, ni la dress up dia time nak balik,,,, fuhh siap dgn spec besar.. :D aku punya spec pun kecik je,,, nak tngok tak dress up aku pulak..??? hehe3...


haa,,,, kecik je kan spec aku,, standard2 je,, hehe3,,,, spec pun bukan mahal pun.. :D boley la buat untuk raya,,, :D janji ada,,,, yang kaler hijau tu pas keluar aku,, nak keluar mesti ada kad ni untuk diserahkan pada  pak guard,,,, ni lak dari jarak dekat,,, hahaha



so sekarang aku dah ada kat batu pahat... HOME SWEET HOME...... :D sampai rumah je macam2 benda yang kena buat,,,, raya dah dekat,, mestilah semua nak kena kemas,,, penat wey.. =.=' tapi raya punya pasal,,, tak kisah lah,, hehe3,,, tapi kan,, satu benda yang aku dapat belajar setelah 18 tahun fail,,, menganyam KETUPAT,,,, hahaha,,,,

ni la hasil ketupat aku yang sempat aku anyam,,, :D


hehehe3,,, best gak r bila aku dah berjaya lulus setelah bertahun2 fail,,, hahaha,,, dah boleh tunjuk kat nenek aku,, sebab nenek aku da muak ajar aku anyam ketupat,,, dri dulu sampai sekarang,, hahha,,, tapi kini aku da reti... ^_^ thanks mak n nenek sebab ajar,,, hehe3,,,,

ok lah,, setakat ini je la post aku pasal balik raya,,, :D dan kepada pembaca aku semua,,, aku ingin ucapkan,,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN,,,, :)

kalau aku ada buat salah,, harap maaf kan kerana aku mungkin tak sedar kesalahan aku dan aku bukanlah manusia yang perfect.. :) 

semoga korang semua dapat beraya dengan sepenuhnya,,, 

sekian terima kasih,,, 

Happy Dan Sedih

0 comments
Assalamualaikum,,,

kini hidup aku makin penuh dengan gelak ketawa,
hidup aku penuh dengan telinga panas,,
 lama sangat letak fon kat telinga,, hehe3,,,
hidup aku dah ada yang pndai terangkan,,
tidak lagi gelap dan suram,,
hidup aku kini dihadiri seorang lagi yang telah meletakkan senyuman di wajah aku,,
hidup aku tak lagi bosan,, sebab bila2 masa boley dngr dia membebel,,
hehehe,,,
hidup aku kini ada muka baru untuk aku karang semula,,, :)



aku HAPPY,, ^_^

tapi hidup aku masih ada sejarah gelap,,
hidup aku masih dihantui masa silam,,
hidup aku penuh dengan penipuan aku,,
hidup aku penuh dengan dosa,,,
hidup aku xlayak bagi dia,,,
hidup aku adalah FAKE semata2,,,
hidup aku patutnya da ada finale season,,
hidup aku bakal melukakan dia,,, 
aku tak nak itu berlaku



aku SEDIH,,, 

khas utk DIA

A tribute to abang RAUF a.k.a menatap di kejauhan,,,,, ^_^ 

sekian terima kasih. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Return To Melaka

0 comments

Friday 26 August 2011

ASSALAMUALAIKUM,,,
para pembaca sekalian.. :)

ok first2 nak cakap yang ni adalah post yang overdue,,,,, sory,, :D sebab minggu selepas Return To Johor tu aku ada test, quiz, dan test lagi sampailah hari jumaat ni,, which is today,,,, hahaha,,,, lambat giler aku post ,, :) tapi relax la,, aku yang nak bercerita,,, nak baca atau tidak tu pilihan korang,, aku tak campur pun la.. :p

baiklah,, pada hari isnin yang bertarikh 22/8/2011 aku da mula kembali ke kelas,, tapi aku tak nak cerita pun pergi kelas,, bosan kutt,,, aku pun tak ada mood la nak taip kalau pasal kelas,,, hehe3,,, jadi cerita aku balik Melaka bermula dengan hari ahad yang bersamaan 21/8/2011 :) ... 

hari ahad tu pun aku belum packing apa2 sangat,,, dah tengah hari, baju aku bersepah, laptop tak kemas lagi,, beg aku pun entah mana aku letak.. XD ,,, kenapa aku tak kemas awal2..?? sebab aku pagi2 dah keluar dah,,, shopping sikit then jalan2 kejap dengan membe,,, dalam pukul 2 kutt aku baru sampai rumah,,, fuhh,,, dah la puasa,,, perut pun asyik ajak karaoke je,, hahaha,,,  memang malas la kan nak packing barang2 tu semua,, tapi kena buat jugak sebab tak nak aku kena saman dengan lecturer pastu hantar surat warning kalau tak pergi lecture,,

jadi aku yang masih keadaan penat lepas berjalan tu pun kemas la barang2 aku yang diperlukan untuk dibawa ke melaka,,, ok then lepas aku siapkan barang2 aku,, pergi isi minyak dulu,,, sampai rumah je aku kaut beg aku dan selepas aku salam dengan mak n ayah aku,, aku pun memulakan perjalanan,,, :)

aku balik melaka lalu highway,, masuk tol paguh keluar kat tol ayer keroh,,, aku keluar rumah pada pukul 4.30 p.m... dalam hati dah dok kata,, bila nak sampai ayer keroh ni,, confirm malam,,,,,, sampai je aku kat paguh aku teruskan perjalanan selama setengah jam,,, haaa,, time ni la part yang bahaya dalam perjalanan aku bila aku mengantuk semasa menuggang motor,,, aish,,, mata aku asyik pejam celik pejam celik je,,,,,, aku boleh terlelap kat atas moto,,,, nasib baik aku tak accident lagi,,, 

disebabkan tak tahan mengantuk,,, aku stop la kat perhentian yang paling hampir dengan kawasan aku tu,, lupa la perhentian apa,,, aku stay kat wakaf a.k.a pondok ,,, angkat beg aku then tidur kejap,,, aku fikirkan nak tidur sekejap,, eh tak,,, lama giler,, tau2 aje dah dekat pukul 7.00 p.m... dalam kul 6.45 kutt baru aku bangun,,,, peh,, aku apa lagi terus capai kunci motor,, teruskan perjalanan aku,,, disebabkan waktu berbuka dalam pukul 7.25 p.m aku stop lagi selepas setengah jam mengebaskan punggung aku,,, hahaha,,,

kalau tak silap aku berbuka kat perhentian kampung bemban kutt,, dah dekat giler dah dengan tol ayer keroh,, tapi perut aku lagi lapar giler,,,, jadi mengikut nafsu makan aku,, aku stop la,,, makan kejap dengan berbekalkan air katira yang aku sempat beli kat johor dan jajan yang aku beli kat perhentian tu,,, sedap jugak walaupun sikit je juadah berbuka aku,,, ye lahh,,, dah lapar,, semua dibedalnya,,, hehehe3,,,

lepas aku berbuka tu solat pula,, dah la aku ter'missed' asar,,,,, kelam kabut punya pasal,,, hahaha,, kurang dah pahala ramadhan aku,,, =.=' lepas solat magrib baru aku bergerak semula,,,, memang betul kata2 aku,,, langit dah gelap habis baru aku sampai kolej aku,,, yang sakit nya bila aku terlanggar burung yang berterbangan di kawasan jalan raya menghala ke kolej tu,,, sakit peha aku,, sekali das aku kena,,, nasib baik seekor je,, kalau banyak ekor,, confirm sembelih kat situ gak,, bawak balik kolej buat burung goreng tepung,,,,,, peh SODAP..!!! hahahahaha,,,,, 

akhirnya 8.00 p.m aku sampai kat bilik dan punggahlah barang2 aku keluar dari beg aku,, :) 

hehe3,, inilah kisah aku yang serba kelam kabut semasa pulang ke kolej,,, raya pun dah dekat je ni... korang dah buat persiapan hari raya..?? jangan persiapan duniawi je tau,, hehe3,,,, oklah sampai sini je post aku kali ni,, dan masih tak ada gambar sebab aku tak amik pic pun dalam perjalanan aku ni. ... maaf ye.. :)

samapi disini saja,, aku ucapkan terima kasih kerana membaca blog aku ini,,,, 

sekian.. ^_^

Return To Johor

0 comments

Tuesday 23 August 2011

ASSALAMUALAIKUM
Para pembaca.... ^_^

pada 19/8/2011 aku telah balik kampung a.k.a batu pahat johor.. :) aku sekarang ni macam rajin jugak balik,,  :D sejak kebelakangan ni memang aku tiap2 minggu balik,,,, sebab..?? aku accident 3 minggu lepas ,, ye kew..?? ke 2minggu lepas,, lupa la.. =.=' so minggu pertama aku balik sebab hantar moto ,, minggu kedua lak sebab nak tukar lesen memandu aku dari Percubaan kepada Penuh.. hehe3.... dah x payah tampal sticker P... syok giler.. XD so minggu ke 3 amik moto balik.. haa.... 3 minggu la jadinya.. :)

hari jumaat tu aku balik batu pahat dengan menaiki bas,, tapi antara kolej aku and Melaka Sentral (MC) jaraknya jauh,,, nak tunggu bas memang malas,, sebab lambat, and xde bus stop.. terima kasih pada senior aku, Zakwan, sebab hantar aku pegi MC ,, kalau dia xde,, xtau la nak mintak siapa hantar kan... hehe3...

sampai je kat MC aku bertemu dengan membe aku, Faris Bahri, yg turut merangkul pangkat dua pupu aku,, hehe3.... kitaorg memang plan nak balik saing,,, yang bestnya dia dah belikan tiket untuk aku... :) kat MC tu gak aku boleh terjumpa dengan membe sekolah aku, Amira, haa,, ni aku tak plan .. :D wah.... dia da ada line baru,, congrats... :D 

pukul 4 ptg aku naik bas dan bergerak balik ke johor,,,, bas Ape..?? bas Orkid Malaysia kutt,,, haha.... asyik lupa je aku nie.,, laluan ny melalui Muar,, so aku stop kat simpang lima,, pukul 5.30 ptg da smpai,,, dah la sekolah lama aku SMK Dato Onn tu kat simpang,,, mst ada yang kenal aku,,

sekali betul,,, ada sorang yang perasan aku ada kat simpang lima tu,, budak tu budak yang pernah aku suka dulu, dan dia pun suka kat aku gak,DULU LA, aku boleh tersuka kat sebab dia comel, baik giler n dia pandai,,, haha,,, tapi tu cerita lama,, dah berapa tahun yang lepas ,, and aku suka dia time aku tengah couple so memang xpernah ada rezeki aku dgn dia,, hehe3,,, dia pun skng dah bersama dengan membe aku,, best giler.. =.=' time aku balik tu aku cuma sempat senyum n lambai je kat dia sebab dia lmbai kat aku,,, haha,, ingat lagi dia kat aku,, :)

aku call sorang membe aku ni , Ariff Shah, mintak dia ambil aku kat Simpang ,,, nasib baik dia rajin... haha,, aku balik kampung memang lepak dgn ariff ni,,, kira dia ni kawan baik aku la,,, ye la,, dah kawan sejak kecil lagi.. :D hari sabtu terus keluar cari barang dengan ariff. apa lagi,, kereta keluar r,, aku yang drive.. hahaha,,, 

Pada keesokan harinya, ada satu benda yang aku perasan bila aku bangun pagi, bukan sahur,, aku bangun sahur bukan bngun sngt,, separuh sedar je,, hahaha,,,, bila bangun pagi tu,,,, rumah aku rasa punya la sejuk tak macam hostel aku kat melaka, terbukti yang melaka ni panas gak,, so badan aku cuba untuk re-adapt pada suasana kampung,. hehe3,,, xsabar nak tidur kat rumah lagi,, lena giler bila keadaan da sejuk je kan.. hehe3....

ahad pulak aku balik ke melaka semula,,, sebab isnin dah ada kelas,,, so untuk crita balik melaka pulak ada kat link ni,, kalau linknya belum ada makna ny aku belum post lagi la,,, haha,,,, so tunggu je la.. :)

P/s : sory xde gamba,,, ^_^

sekian terima kasih,,, 

Berbuka BeSaR..!!!

2 comments

Thursday 18 August 2011

ASSALAMUALAIKUM,,,


student kelas UITM farmasi sem 1



nima
mesti korang semua rindu dgn blog aku yang tak berupdate ni kan..??? hehhe3,, ok2... so hari ini aku akan meng'update'kan blog kali ini dengan post tentang satu peristiwa yang tergempak sewaktu aku berpuasa di bulan RAMADHAN 2011 ni.. :D 

ok first soalan... kalau nak berbelanja besar  ,,, poket pun mesti kena besar jugak kan..?? yupp... memang betul,,,,, memang kena besar,, tapi kami (me + frens) ada sponsorship untuk menjalani waktu berbuka kali ini,,, iaitu class mate aku ,, Hazanida Natasha dan Nabil Fikri (kalau korang tngh online FB ley la tekan kat link <<).. dia dapat prize money sebab menang pertandingan essei,,, so kira bnyk la jugak kn.... sorang dapat RM150 ag sorang dapat RM100,,, memang bes giler,,, hehe3,,

aza n farah
eh,,,?? ha'ah.. aku belum cakap kan kat mne aku berbuka.... kami kelas Farmasi Uitm Sem 1 telah berbuka di McDonald,,, tu yg berbelanja besar.. :D kitaorg kena berjalan sejauh 500 meter kutt dari kolej untuk sampai ke destinasi,,, knpe berjalan..?? jimat... lagi pun kenderaan tngh tak ada nie... penat kaki.. =.='

so setibanya di restoran itu,,, kami first2 of coz la cari the best seat in the house.. hehe3.. dua orang sudah ditugaskan menjaga meja dan enam orang pula akan memesan makanan pula,, yang jadi tukang pesan tu memang penat sebab macam2 kena order,,
 macam2 yang kena angkut ke meja... :D


bibie
fuhh,,, bila semua tray dah diletakkan di meja, dah macam tak ada ruang dah meja untuk digunakan,, makan hujung2 meja je,,, memang tersangat penuh,,,, best part adalah french fries kitaorg gabungkan dalam satu tray,, fuhh,,, tinggi membukit la.. haha

jangka masa selama kitaorg berada di sana lebih kurang sejam la,,, 6.45 p.m bergerak ke sana,, 7.00 p.m sampai,, 8.00 p.m da mula balik.. :) rasa macam nak stay lama lagi sebab makanan ada lagi untuk di habiskan..  tapi masing2 perut dah penuh je,,,, hehe3 ,, maka kami pun bungkus la mana yang boleh di bungkus.. n kami dapat satu extra GCB satu,,, tak tahu la kenapa boleh extra,, kitaorg anggap rezeki la,, mungkin buy 7 free 1 kutt..  hahaha,,,,,


ekin n nabil
memang puas hati la dapat makan McD hari ni,,, fuhh,,,, lepas satu nafsu makan.. aku pulak tak berhenti mngunyah..... haha.... astagfirallah,,, teruk betul adab aku makan time tu,,, hahaha,,,, nasib baik cume skadar xberhenti makan je..







ekin, nabil, me n daus

ni lah kaum adam yang ada,,,,, tiga orang je,,,, yang hujung berbaju coklat tu senior kami,,,, saje join sekaki,,, boleh pulak kebetulan terjumpa dia di McD,, sama2 la makan... :D



xlama pun kitaorang makan....... tau2 je da habis... TADA..!! tngok gamba... licin juga akhirnya... hahaha...


aku tringin nak sundae lagi... sedap gak r.. :D nanti aku balik aku akan beli,,, minggu ni aku balik naik bas.. kat melaka sentral ada McD booth,.. nanti beli la.. XD


nmpk sngt xde keje.. hahahha......

memang bes bila dapat hang out macam ni dgn membe,, bukan selalu ye x.. :D n BTW semua perbelanjaan ini bernilai RM127.95...... giler bnyk kan..?? serius makan seminggu pun ada baki duit tu.. hahaha.... 



ini lah hasil gabungan FRENCH FRIES kami..... bnyk giler kan.. tp tu masih xckup.. hahah.....

alhamdulilah,,, terima kasih sangat2 pada membe aku yang dua tu,,, nabil n aza,,, kerana korang la satu kelas dapat merasa McD over rm100.... kenyang seminggu kuuttttt.... or sejam je... hahaha...  len kali kalau aku berduit lebih.. aku pulak yang akan belanja korang... INSYAALLAH... ^_^

so akhir kata dari aku ,,, semoga korang isi bulan mulia ini dgn amalan2 yang baik2 jgn amalkan sngt tabiat aku dan class-mate aku ni,, lain la untuk lepaskan rindu pada McD cam kitaorg.. hahah... kenapa..?? sebab sekarang ni setan da kena ikat,, lau ada yg jahat tu ,, bukan setan,,, manusia,,,, xsedar diri yg dia tu setan,... hahaha.... teruk bahasa...... =.=' maaf di pinta,, pahala kumpul la sama2.. :D

oh ya,,, one more thing,,,, BiBie pun ada wat post yg sama,,, kalau nak baca versi dia,,, klik BiBie.. ^_^





terima kasih kerana membaca blog aku yang panjang lebar giler ni,... tak tahu kenapa aku suke taip panjang2.. tabiat kutt,,, huhu,, ntah.. sory kalau bosan.. :)  bak kata somebody yang aku kenal ni,,,, 

"Merepek Itu Wajib" 

JOM MAKAN..!! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...