Di Kala Hujan....

Monday 19 September 2011

ASSALAMUALAIKUM

Dengan berpakaian seluar dan baju lengan panjang,, aku duduk bertenggek ditingkap bilik aku yang berada di tingkat dua sambil mendengar lagu lagu kegemaranku yang dimain pada handfon aku yang tidak seberapa ini..  ditangan aku pula memegang setin air nescafe mocha ,, setelah meneguk beberapa kali,, aku melihat ke luar tingkap,, persekitaran aku dicurahi rahmat ALLAH yang membasahi bumi,, melihat pokok menari2 dikeograf oleh sang angin,, burung layang yang memenuhi langit dgn bilangan yang banyak..

masih hujan lagi ni.. :D


aku duduk dengan tenang sekali apabila melihat alam,, sejuk aku terasa,, indah sebenarnya dunia ini,, amatlah rugi kepada mereka yang terlalu mengejar hal2 dunia sambil mrungut atas rahmat yang telah diberikan..

"apsal hujan plak ni??"

"arghhh!! aku baru wax kereta aku tu.. da kena hujan.. Si@l la... "

"tengok jalan dah basah,, aku dah xley bawak laju2.... aku nak cepat ni"

mereka semua terlepas apa yang aku rasa sekarang nie,, benar lah firman ALLAH,,

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan ibadat"
lebih kurang la :P





menghayati alam dan mengingati siapa penciptanya juga boleh dikatakan ibadah.. bukan..?? ini akan buat kita insaf  untuk seketika,,, nikmatilah dengan seelok eloknya... ini kerana membuatkan kita sedar bahawa ALLAH telah mencipta alam ini sungguh cantik aturannya,, ramai diantara manusia yang sanggup mengelilingi dunia demi melihat keajaiban dunia,, tapi menghayatinya lebih baik kn..?? duduk di tingkap pun da cukup..

manusia semakin maju,, manusia semakin moden,,, tapi kemodenan ini boleh membuatkan kita lalai,,, perlukah itu semua,,, ye,, kita memanglah mesti mngejar kejayaan di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat.. perlu ada keseimbangan.... 

jadi apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan... ?? x ada apa2 sangat,,, hanya memberitahu apa yang aku rasa.... aku juga manusia yang tidak terlepas dari dosa dan kesilapan,, tapi aku juga tidak terlepas dari membuat pahala.. INSYAALLAH.... :) Sememangnya indah dunia ini,, tapi jika berlaku bencana,, ALLAH cuma memberi peringatan tentang dosa dan silap manusia,,, itu sahaja,, :)



P/s : post aku ni cam sensitif sikit,, sebab bila aku lepak2 tu,, berkaca wey mata aku,, hahaha,,,,, jgn kritik banyak2 lak.. :P

SEKIAN TERIMA KASIH.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...